Sunday 24 March 2013

ARTIS CERAI 2012


Hattan & Farah Asyikin
Pada 12 Januari 2012, penyanyi rock popular, Hattan, 48, dan Farah Asyikin Othman, 34, disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah walaupun baru sahaja dua bulan disatukan sebagai suami isteri. Mereka telah berkahwin pada November tahun lalu sebelum tersebarnya gambar panas melibatkan Farah dengan jejaka lain

Sharifah Aleya & Ashraf
Sharifah Aleya dan Ashraf dilaporkan telah menjalani proses bercerai secara baik , di atas persetujuan kedua-dua belah pihak dalam satu proses tertutup pada 29 Februari 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Perkara ini mengejutkan para media dan peminat kerana sebelum ini tiada khabar bertiup mengenai pasangan yang bernikah pada 2007 itu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang kembar perempuan iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena.

Safee Sali & Sabrina Yusof
Bintang bola sepak negara, Safee Sali, 28, telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Sabrina Yusof pada April lepas di hadapan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar di Mahkamah Syariah Shah Alam. Pasangan ini mempunyai dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina berumur tiga tahun dan Nursyasya Safirna berumur satu tahun. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 2007 ketika Safee masih bermain untuk negeri Sarawak. Punca penceraian tidak dapat dikenalpasti

Jimmy Shanley & Nursuhaila
Setelah pelbagai isu berbangkit mengenai perceraian pasangan Jimmy Shanley dan anak pengasas produk Natasya, Nursuhaila bertebaran, akhirnya mereka disahkan bercerai secara tebus talak pada 10 Oktober 2012 di Mahkamah Syariah Subang Bistari. Jimmy hanya perlu membayar RM1 kepada Nursuhaila sebagai bayaran tebus talak dan ianya telah dilakukan pada hari tersebut. Pasangan ini memiliki seorang cahayamata daripada perkahwinan ini.

Sasha Saidin & Salyo
Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin telah sah bercerai dengan suami, Salyo yang dinikahinya lima tahun lalu pada 10 Julai 2012. Pasangan ini bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak selepas Salyo, 37, yang berasal dari Indonesia melafazkan cerai talak satu terhadap Sasha, 36, di hadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin. Punca penceraian sebenar tidak diketahui namun mereka menjelaskan ini adalah cara terbaik menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga mereka

Raja Azmi & Jailani Sidek
Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49 dan produser kontroversi, Raja Azmi telah disahkan bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin pada pukul 3.25 petang pada 27 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat. Pasangan yang sudah 28 tahun mendirikan rumahtangga ini memilih haluan sendiri setelah munculnya pelbagai kisah mengaitkan mereka. Menurut Raja Azmi, dia tidak senang melihat Jalani dituduh dayus dan sebagainya membuatkan dia rela berpisah demi maruah bekas suaminya itu.

Ana Dahlia & Chef Riz
Setelah genap setahun bergelar suami isterin Ana Dahlia dan Chef Riz akhirnya disahkan bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada 10 Disember lalu. Mereka yang melangsungkan pernikahan pada 11 Disember 2011 dilanda kemelut rumahtangga yang dirahsiakan punca sebenarnya. Namun Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan memberitahu usia perkenalan yang singkat antara sebab tiada sefahaman diantara mereka.


No comments:

Post a Comment